About Me

My photo
aku? belom kawin. tak official lagi 20. 19 lagi ohkey. jadi kalau nak ngorat. tunggu 20 *pfffttt haha. korang kalo nak baca. must kept in mind, i don have ilmu to share. sorry, ni diary-like je. apepon tq :)

Tuesday, February 19, 2013

sementara ini,

sementara masih ade masa ni, nak post sebanyak yg mungkin la, nanti balik uni, dah tak ada masa kan. sebab nanti nak tinggal ikan ni plak. korang jgn lupa bagi makan ye!! :'(


tadi mad qo post kat effbi, dia baca blog aku, haha, bacelah mad, wat ilang bosan. memang tak ada ape pon aku tulis, aku pun tak ingat bila and post yang mana aku mention name dia. haha, mad keterharuan. mad, if baca skali lagi. sila terharu kali kedua. hahahaha

oh, kue cubit tadi bes, ok la, simple, bagi tok makan pon ok, sebab rendah gula, no seafood *haha
serta no food colouring, preservatives....bla3. *aku dah terlebih ni. ayah kata sedap. aku suka separuh masak punya. perghhhh. cair dalam mulot habaq hang. haha

las week baru buat cincin. g tempah. hope everything turns out good lah kan. everything planned, inshaAllah. tak sabau lak diriku, kakaka, nanti dah siap i post kat sni ye, hehe, tak ada riak n takabbur oke, jus sharing laa, :P *btw, i nak gelang jugak, kahkahkah. tamok!

tula aku fikir kan, bercinta sakan, las2 suh mak ayah pilih je, aku senang, selagi tak ada orang masuk, memang luluskan aja lah pilihan ayah n mak. kan. senang.

aku sebenanye jahat beberapa bulan ni. kat seseorang nilaaaa. lahai, camana eh? hati aku ni sikit pun taknak baik kat dia,hmm. im try, but im not the type yang senyum if i tak nak senyum. cannot control that wey, cannot, cannot jadi baik kat dia, jadi ade baiknya i quit from contact or tercontact or sentuh dia langsung la kan. athirah ni kan....

its okay, take it easy lah kan, takde dendam benci, cuma malas nak berkata2 ngn dia, haha. me is forgivable eh? :P esok nak p dating ngn doctor plak, i wish for a good news peeps. doakan me yo.



Saturday, February 16, 2013

uish!

heran kan tengok orang sekarang. all the time with alam maya. bahaya mende tu, buatkan masa kite ngn dunia luo tak tau kat mana. memang sekarang trend. mengejar populariti di alam siber. *ceyy tetiba lak aku memberi pedoman hidup, hahaha.

ala, termasuk lah aku jugak sebenanye. tapi tak ada la seteruk orang lain. aku masih lagi ke pantai. memakan keropok lekor, memotong kuku adik. terlentang depan tivi. memasak. makan masakan mak. dan juga bergelak ketawa. membasuh pinggan. mengangkat jemuran serta kiss adik2 aku. hahahahhha. ok. tu semua hastag. ok. dunnia heyy~ *poyo

aku suka menulis disini sebab diari aku wane wani. aku tau sebahagian kawan2 lama aku yang sekarang ni mengambil jurusan seperti aku *apa salah nya guna medic? berterabur aku ni. ok, diaorang sudah lama tidak bermaya di alam maya. senyapppp je. kebanyakan mereka di malaysia sahaja. sibuk study maybe? aku? separuh jiwa aku masih lagi tak 100% dalam medic. hmm :) but im trying, trying to pupuk love to medic slow2, hehe. sebab itulah aku menyibuk jugak di effbi, instagram dan blog. walhal tiada orang baca, tp aku suka tulis, sebab.... emmm. *cakap jela lonely tirah. puihhh. hahahaha

ok utk pgetahuan semua. aku biasa berdua. bila lonely ni, memang terasa kelonglian. hahahah. aku tak pernah stop from that, maybe i need time to be alone kan kawan2. *udoh2 le tu gedik tirah oi, hahahaha. lagipun i still have geffrengs. oh my god, really love them. so muchh. 

ade 5 ari je lagi duk umah. aku tak sedo pun dah nak balik ke china semula. uish sedih doh, aku xtau nape, sedih bila tak dapat bersama keluarga secara hariannya. seddeh. huwaaa. i will miss my adik yang "open" with her/his kakak ni. aku dapat rasa yang mereka sgt rasa bertuah n happy dapat kakak cm aku *puihhhh,poyoooo hahahah. 

esok plan nak masak "kue cubit". nak buat dua batch satu kue cubit yang siap masak, satu agi "setengah mateng". topping dia, coklat urai, and cheese parut, hee. kalo aku rajin aku post gamba, kalau jadi ahhh, aahahhaha. aku suka kueh ni, berbanding pavlova and merah baldu tu *aku tak habis2 mengata kek dua ni, hahahaha. ok, tak boikot ok, cuma aku suka banget kue cubit, haaa, kan dah kuar keindoan aku tu, esok pas makan kue cubit lagi ah minah indon nanti, haha!

setiap kali balik xi'an, china. HARUS. MESTI. ada sambal bilis, and dendeng mak. :) aku manja? bia ahhh. aku rindu kat rumah, aku makan ah. cara dia aku freeze kan dia. lagipun tak lama pun flight. so selamat laa. lagipun aku orang terengganu. memang dokleh tinggal ah sambal bilis. MEMANG. *tubik dok starang doh tranung, hahahaha

bila aku tinggalkan seseorang, aku ade sebab. aku ADA. jangan kata aku kejam, aku sayang, sebab itu aku tinggal. okeh, dan aku biasanya takkan patah balik. Give heart a break.

Thursday, February 14, 2013

masalah!

aku satu lagi masalah dari dulu sampai sekarang, selalu salah anggap somtin. haha

misalnya salah faham soalan,

A : trah, makan tak lagi?
aku : tadi ade nasi lemak, pastu tengok tinggal karipap je

aku selalu tak menjawab soalan. bengap2 comel aku ni, hahahahha :P

ade gak cmni

A : eh, dah jawab soalan tu tak susah kan?
aku : ko jangan tanya aku, aku tak sampai lagi situ
A : aku tanya rumet ko ah, bukan ko
aku : *saat ni aku dah jadi landak, tunggu masa je nak pancut bom kat kepala budak ni. "dah tu kenapa ko anta mesej kat aku?" tp dalam hati jela, geram tak terkira. nak cakap baiknya aku, tahan je marah tu lam perot. slow2 aku jawab. oh, dia dah jawab, jawapan dia A. =="

case ni, boleh dikira, aku tak berapa bengap, tapi orang tu lah yang makan pengat.

case lain

A : ok, boleh bagi sebab kenapa pokok ni kering? adakah sebab kekurangan air atau cahaya? apa hipotesis awak?
aku : baru je beli ni cikgu

sebenanya aku anak murid einstein, hahahahhaha. ok. wekkk,


aku sebenanye tak boleh orang yang miang, garang dan serious tanya ape2 kat aku. tapi kalau strangers yang comel2 kiut2 gitu, aku boleh go go sikit, hahhaha

memang automatiknya, aku jadi takot dan senyap.

and kalau dalam kelas, waktu orang semangat2 nak jawab soalan,  aku ade mood tersendiri, kalau aku takmo join soalan2 waktu tu, memang cikgu silap ah pilih aku suh jawab soalan, haha, memang diam membatu. haha

tapi kalau aku tak rasa pressure dalam kelas, aku memang menggila dengan hebatnya, masa ni, sifat pemalu aku tak tau g mana dah. 

seriously, aku suka buat orang ketawa, untuk orang yang aku anggap macam adik2 dalam hati aku. *ceyyy hati, hahaha. contoh2nya besties aku, jrang2 jumpa kan sekarang, aku akan melawok sampai tak boleh kawal stereng kereta dah. untuk yang aku kenal dengan mereka, aku tau apa mereka suka, macam mana mereka akan ketawa, memang senang nak kawal. 

if aku tak bape kenal and berada dalam group yang banyak propaganda, aku orang first akan say no. aku letih nau hidup bergroup. ok wait, jangan salah faham, kalau usrah tu, memang feveret dr sekolah, ke hulu kehilir cakap kau, tp kalau group yang dinamakan dan dipaksa masuk ini. memang aku hadiahkan lirikan mata jela, aku malas nak cakap. kalau ada pape, aku tak bercakap. dari sekolah lagi. aku seorang yang berani cakap no. 

aku dapat dari sape lah sikap ni, ayah aku kata dapat dari dia. aku ni memang cepat je berang. tapi aku tak mudah tunjuk keberangan aku. mak aku sentiasa pesan. "kena belajar sabar" BELAJAR okay. paham idok. jangan duk buat muka bengap. hahahha. muah.

kalau group yang aku hesitate lagi. aku buat2 malu dan tak bercakap ah. aku cam. "nanti lu ah, " hahahahaha. sebab nak tgk je ape n macamana dyeorang tu, aku takdeah boikot, hishh. korang ni. 

ayah aku bila dia perasan aku perangai cam dia, dia terus cakap. "hang ni macam aku" *tp dlm bahasa terengganu ah, hahaha.  aku memang suka BERCAKAP. tersangat open orangnya. aku suka berfikir, suka saikologi things ni. tanya lah mak aku, nenek aku, ayah aku. aku suka melebur idea2 aku, dan memateri ayat2 di fikiran mereka. *sastera KH, ko takyah nak berkerut sgt, hahahaha

adik2 aku hanya dapat 50%, 20%, seterusnya 10% warisan bercakap itu. sangatlah kurang bercakap. tapi aku mudah kenal mereka. so aku tau caman nak buat mereka bercakap dengan aku, nenek aku kata. adik2 aku tak mcm aku. yelah aku sorang je huduh *sedih plak dah. haha. hey, i tak de penah sedih2 sebab huduh sikit dr orang lain. aku bahagia je. thank u Allah. hehe. maksud nenek adik2 lain tak byk cakap cm aku lah, :P

kalau roomate aku pulak, dia takot dekat aku. sebab aku cam kenal dia. aku boleh bagitau camana dia. ape dia fikir kalau dia buat itu, buat ini, satu lagi, entah mana aku dapat, aku cepat sangat cop seseorang itu dengan perkara negatif dan aku cepat dapat tau sorang tu, kalau dia hidup dengan aku.melalui lenggok2 dia berjalan dan bercakap dan seterusnya bergelak ketawa. tapi aku tak akan share dgn roomate aku or kawan aku terus if i have negative thoughts about someone, *terenglish la pulak XD. aku pendam dulu. pastu bila tiba saatnya menda yang aku cop tu terbukti, haaa, pandai la aku cakap kat dia aku relate semua yang aku penah cop dulu. rumet aku sangat kiut2 tak bersalah orangnya. haha. lembut gila nak habaq mai, hihihihi. dia single, kalau bekenan, sila ambil nombo. 

kebelakangan ni aku stress skit, aku dah lama tak menulis, maknanya aku dah lama tak luah perasaan. kalau orang lain, kalau stress, mengemas, bercuti dan melayan suami. kahkah. kalau aku, aku suka memasak. memasak ni theraphy. yela tiap orang lain, kalau org lain, memasak ni buat makin stress lagi ade. yela pikir ~harini nak guna bawang beso ke kecik ke merah ke hijo n!!!!!!???? . begitu ekau, haaaa. hahaha

so terjadilah pavlova dan red velvet. pada aku, tak berapa sesuai sgt menda ni dengan jiwa aku, yela, duk dengar, tengok, orang duk sibuk sgt pasal mende ni. pada aku, aku sangat sesuai ngn nasik, cheese,  keropok leko goreng, dan kuih2 tradisional. donut lagi bes. tak mengambil hati aku lah pavlova semua, tak bangga pun dapat buat. malas nak post gamba. sebab comel sgt i buat . gittew, ahahahhaa *phooyooo.

panjang aku menulis eh, baru scroll, maaf korang, huahuahua. jumpa lagi. satu g , aku nak berambus dah dari rumah minggu depan . huwaaa, sedih. takpela, demi masa yang diperuntukkan Allah kepada aku, itu tanggungjawab aku. doakan aku ye semua, supaya aku cepat sihat. :( byebye. ops. bagi ikan aku makan. kedekut taik idung manis! huh





Tuesday, February 5, 2013

okay!

okay harini i ceria, semalam tu jiwang je lebih. *malu plak rasa kah3. okay perasaan dia mcm ni *muka huduh, semangat betulkan duduk dan tegak. cam korang tetiba bergenang, seterusnya mengalirkan air mata di depan orang ramai. pahtu semakin kuat dan menggila, seterusnya sawan, korang lupa, harini hari isnin, hahahhaha. yela, kalau jumaat at least datang balik hari isnin tu orang stat lupa taik yang kau buat ari jumaat aritu. but its Tuesday gegurl! hahaha. ok tu je la. panjang plak ko kata? eh ko sini. sini. meh sini. ha tau takot *jerit kuat2 like orang tu duk 500meter, haha. hoi! cikgu la ajar waktu SPM! suh bagi example byk2. huh. =="

#takpe2, amik masa korang interprete hahahahhaahhahahah. ok muah :)

eh korang perasan mengapa aku melekat kat sini? berturut2 post something kat sini?

ini kerana beta sangat bosan memalam cenggini. tadi dah seharian melayan kerenah anak. yela kecik2 lagi *hiahiahia XD. tapi aku senang hati je, disamping itu, aku sedih sebab tak bule pegi kelantan. ahhhhh. ini tidak adil. tidak! tidak! tidak sama sekali. mane aci ginnim.

berabad da tak jumpa kawan3. hurmmmmmm. sedihnya. bila ni nak jumpa. rindu tak berbelah bahagi dah ni. terasa mahu muntah pun ada. sebab tak tertanggung lagi. ketahuilah bahawa aku rindu sayangs.

kat tepi aku ade luggage beso. ntah kenapa aku rasa dia menjongket2 kening pastu pedajai aku. cakap *hoiii~ nak balik sana daaaaaaaa~~ . senyap la ko. huh. tak mau balik, tak mau. nak duk uma, nak duk uma je, pelis laa. pelis. ala.

sikit lagi nak masuk 21 kena mengundi. tp aku rasa chances tu kurang dow, sebab aku kan duk china, dieorg mana anta undi pos kesana, entoh tau entoh tidok aku duk china mekeme ni.sedih nau! tp tanggungjawab kita pilih siapa pemimpin kita so. aku memang suka berpolitik. sebelom ni memang biasa pergi markas2 yang ade. aku punya semangat. kalau berkumpul tu, smpai bergetar urat saraf. memang menyuntik semangat. hahahha. haaa.

tu mukadimah la, ko ni dah kenapa nak benci sgt??! puuuii. hahhaa. tapi bebaru ni, adela aku add satu page ni,,, kau pesbuk ar?! ade ke kat twitter? hah? ee, nyampah la aku ngn kao. hhahaha. ok gurau* aku ni kan bebudak lagi, so aku post ar komen2 skit kat situ, berdasarkan semangat aku yg aku cerita td. ko bayang aku tulis ape? hahahahhaha. *oo. ko gelak eh. gelak2. gelak lagi.

pastu tak sampai dua hari, banyak pulak orang2 yg like page tu, like aku jugak *bahahahahha . ok gurau, maksud aku, add aku. alaaaa. pelik kau tau. aku agak mereka pikir *oh ini muslimat pas *oh,ni mungkin anak tuan page *oh ni mesti penyokong tegar *oh awek ni mungkin hot setaf. ok yang akhir tu melawok, hahaha.

so ape aku nak buat? hah?


Sunday, February 3, 2013

memori, blue or green?

for me, its always colourful. ada masa kita jatuh terjelepok kerana memori. tapi aku bersyukur. selama 20 tahun ini. aku cepat menjadi dewasa.

aku mengaku "masa dahulu" itu pahit. bila mengingati kembali setiap memori yang ada, ia credit kepada aku. bagaimana belajar cara hidup jika bukan dari perkara yang berlaku di sekeliling kita? ibu bapa, kawan2, malah strangers.

cuma malam ni, terkilan. im singing blues* hehe. sekarang.


Terkadang bergoyang,
Dikocak arus,
Terkadang bercita-cita,
Menghentikan putaran jam bahagia
Antara kita berdua,
Aku yang paling banyak bicara
Bicara hati dan perasaan
Darah itu berjalan membahagi rasa
Lalu mengecas anasir kuning di minda
Hah, dimana kotak janji rahsia?
Sudah lupa wahai si pemegang cinta?
Mengakulah,
Secupak tidak pernah mengenyangkan jiwa
Secebis tidak pernah memuaskan raga
Didalam kamus remaja,
Jarak bermakna terpisah
Ruang dan masa.
Mungkin seketul bahagia itu
Belum lagi milik kita.
Selagi tidak diisytiharkan darurat
Tunggulah dewasa
Melalui penyatuan yang sarih
Samada di dunia ini atau yang kekal disana. 

*first time bawak keluar satu lolipop kat atas. hihi. biarlah. untuk korang yg baca. hee. nak copy bole. tp sila kredit kan padaku. Dr. Tee Jay

aku mintak maaf pada sesiapa yang aku lukakan hatinya. *siyes ni T_T

i mintak maaf pada you, you, you yang :
-dulunya we talked bout future. but now, we seperated to diff world
-dulunya cried bcos of me
-dulunya we kept promises, but im the one who broke it.
-dulunya i asked you to stay, but im the one who back off
-dulunya berkorban utk i, but now im still doin nothing to u
-dulunya did so much for my bday, but im don remember yours
-dulunya we're so close, but now, cant count the distances anymore
-dulunya u showed so much love, but i never replied
-dulunya take care of me, but i rarely call u
-dulunya cium i, but i forgot n ego to cium your tangan

i missed those people, i feel wanna run to them n hug them. tell them im sorry. its not that all people around me. but the one that miss pandang. thank you for all of the colourful memories. ;(

im officially not talk about boys only yeah. i tuju pada nenek i, mak sdara i, pak sdara i, datuk i, adik2 i, parents i, kawan2 i, :(

n the one that got away.

in another life, i will be your girl. muah, see u again. :)

Friday, February 1, 2013

makan!

walaumacamanapun, korang nak mengeluh lemah sambil jatuh bahu, air muka, dan peluh sekalipun, aku tetap dengan makan! hahaha

cakap pasal makan, kita pergi kepada basic dulu *ceyy, pakar nutrisi weyyy haha! okla, jujurnya, aku tak pandai masak, tapi aku suka memasak. aku xtau, aku memang suka. sangatlah suka. aku masak bagi orang makan pun dah takpe. tu pun kalo orang sudi makanla *terus bergenang air mata. ini semua poyooooo. haha. aku pun xtau since when suka sgt dengan trademark tu. poyo2, eyuu kao athirah. *pandang tepi bahu sambil tepuk2 debu.

bila berjauhan dari chef iaitu mak aku. maka punca pencarian makanan aku juga terrrstopp~ *buaarrrpp opss sendawa. so disana, aku... apa? ish ko ni, disana tu china ah, lambat sgt ko ni pikir? ko ni kenapa? *ceyyy tiba2 emo tak tentu pasal. saje je memaki hamun. alah, anje2 skit xle ke ikan? hehe muahhx. *gedik bagai =="

so kat hostel, kalau aku ade masa aku masak.... antaranyaaaaa. *tibalah edisi menunjuk2 haha. ish korang. saje je nak kongsi. tu pun benci. yelaaa benci la kita ni, benci laaa *ok leh tampo aku skrang hahahha



 ni makan pagi. ni je ade, jgn cakap *saya makan nasi lemak ke ape eh, tumbok kang, haha.
 ni supper dgn rumet busuk. hihi
 sushi aitu buat sampai 3 pinggan, tula, eksaited sgt, last skali buat ihsan. kongsi sana sini
 nasi ni orang panggil nasi ayam. 
 sehat ke? *ceh
 ni donut versi aku. nak kutuk p jauh2, sumbat donut kang
 nasi goreng ganas.
 lenyek labu. amik, jadi pengkek.
 congkeng janggut sotong
 tomyam sayur. sebab takde sifut


letih dah nak tulis caption. 

sebenanye ade lagi *eccey, hahaha. tak habis2 riak takabur. bdosa sungguh. XD ni sebabbbb, aku suka memasak. AGAIN. aku tak pandai masak ohkey! ko jgn nak poyo sgt ahhhh!!!!! *emogirl

bila aku masak an, aku rasa cm bahagia, ala, cm orang lepas kawin, gitu ah perasaan dia. ko tau ape, ko x kawin agi, *macam ah aku penah kawin kan, hahaha

tp balik je uma, nak potong sayur pun berkira. kalau kacang panjang uh, limit dua batang je *ini semua phooyooo. hahaha takde ah gitu. tp bila balik uma, nak duduk bawah ketiak mak. nak suh mak masak. mak hidang. mak tolong rasa gula garam. makkkk je, saya nak makkkk je, hihihihihiih *biala mak aku. ahahah

aku terkadang berangan jgk nak bukak kedai makan, kedai kek pumpkin, cupcakes pumpkin, pumpkin bako, ye, aku minat labu. ohhh labu labi ku~ labu is a passion. so bila makan harus ah ade passionate, gitew, haha. memang berangan je lah athirah oii

rumet aku kata, aku leh kawin da, semua pandai da, hek dia, hahaha. tak semestinya leh masak leh kawin. sapa kata aku nak masak lepas kawin? sapa kata ? hah? SAPA??? *tanya kuat2 sambil hala pisau rembooooo. hahhaha. aku kawin nanti hantaran mesti bibiq atas dulang satu ohkey! siapa ade brani? tau takot haaa XD

so makan, kena beringat jugak. bak kata Haji Jay, hihok, kerana makanan yang dimakan boleh memakan diri. itu saja nak dikongsi. jangan lupa bagi ikan aku kat atas tu makan, tak susah pun. tekan je dalam kolam dua tiga kali. tu pun kedekut. aku jumpa ikan goreng floating n bloated aritu. slah hangpa ah! *geram jeling sampai sakit mata. salam awak. jumpa lagi. muah








Thursday, January 31, 2013

tua dah korang aku nampak

walaupun dah lama berkurun tak update blog, tapi jiwa ni memberontak nak menulis. sebelom ni, aku banyak tumpu kat sajak and cerpen. so harini nak tulis kat sni ah pulak! . biala orang xbaca pun asal aku ikhlas. *eccewahh, ni semua poyooo. haha!

i tengah cuti winter sekarang. dekat dua bulan la jgk. akhir bulan Januari aku balik umah. nanti akhir bulan Feb aku balik China balik. ok, korang xtau, aku blaja kat China. ala bukan budak scholar. hanya ehsan mak ayah, wlaumcmanapun aku bersyukur ohkey.

tapi aku balik ni, aku macam rasa sedih la jugak, aku bermurung sampai tak makan sgt, *tipu dan kurang ajo, haha. aku ni gemuk, selera besa, makan tak benti woo. haha. takdela, cuma sesaat kau datang dlm fikiran, aku macam menyesal la, sebabbbbbbb. aku punya result tak okey sgt. yang aku lagi menyesal tuuuu, sebab peratus sedih dan menyesal tidak berapa besar. aku memang camni ah. takde perasaan sgt. takde semangat, haha.

aku dari dulu takde cita2, kalau ikotkan, aku banyak berfikir. *berfikir tu sama ah ngn berangan. haha. XD . dulu UPSR, aku dpt 4A, aku terkejut n sedih. tapi siyes, aku tak fikir pape. lg satu mungkin sebab  aku sulung, aku memang takde contoh or pengalaman depan mata. *jadi sekarang mcm salahkan keadaan, hahaha. ok tak. aku cakap betol siyes. *muka nk marah cm orang tak dapat makanan lepas order berjam2, haha. aku sangatlah gatal dahulu, perasan hot, eh! bukan. nak jadi hot jugak. so aku pun main la cinta. tapi sal belajar aku tak penah letak tepi. hei, plis. aku seorang anak yg baik.

aku kira, ayah n mak aku baik sebab sudi jaga makan pakai aku. sayang aku. haa. sebab tu aku pikir, aku kena balas balik ape diaorang buat ni dengan belajo sungguh2, yela, ade ke budak sekola menengah dah ade 4juta dlm akaun. aku tengah belaja, tujela aku mampu. so belaja la sungguh2 ye adik2. hei, aku tak cakap sal bilionnaire. ufff. ikan2. dengar la dulu.

aku ni sangatlah suka main2 dan tidak serious, aku suka berlawok. buat org gelok, tp kalo org xkenal aku. memang org kata aku kurang ajo. sebab mmg aku tak melayan dan bergedik sgt tanya kabo org. aku mmg tak buat kalo aku taknak. tp aku takde ah sombong hakkktuuuih camtu. tu poyoooooo!!! hahaha.

ok sambung balik cerita.

kat sekola menengah kan tadi. so masuk form 3, aku mcm terkena badai. biarla, mlas sebut . nak dijadikan cite, aku mcm bertukar baik, maksud aku, aku tak gatalla sgt. more to matured, pahtu cm siyes ah belaja. aku buang anasir2 luar iaitu boypreng yg hakktuiiih, lalu aku pun berjaya masuk MRSM. ceyyy. rasa hebat ah. padahal same je mane2 pon, kalo ko x blajo betol2, ke parit kao berjimba!!!!! haha. memang dari dulu aku jenis yang tak rasa nak bersaing bila tgk orang julang piala. aku macam *bia ah! , pahtu jeling tajam ke tepi. haha. aku berusaha tahap ciput, tp result aku boleh dibanggakan, aku selalu fikir, ini sebab Allah tolong dan doa2 org yang sayangkan aku.

sampai mak aku ckp aku malas belajo. memang weh. memang. segala benda aku malas. pahtu tiba PMR, aku pinjam kuasa altromen, pahtu aku dapat 8A. betul!!! hahahahaha , sian korang kan, everytime kena suh pecaya. ok takla, tu sebab usaha aku yg ciput n pertolongan oleh Allah la, hehe. alhamdulillah sgt2. 

dekat MRSM, form 4, memang thanks to Allah hantar aku ke MRSM, sebabnya, banyak benda n pegalaman belaja kat situ. aku upgrade pengetahuan agama. n jumpa kawan2 yang supereksaited! 
kat MRSM ni jgk, form 5 baru aku start siyes. siyes aku tak fikir sal hidup. siyes! siyes sokmo tuu! dr tadi taip siyes. haha. mase form 5, aku ade mentor, tgk, betapa sedih nya hidup, kena ade mentor. *menggeleng2 sambil pejam mata. haha. dok aiiihh, tak sedih aiih,, dah memang tak cukup bagus, org nak bantu, kira rezeki okay. mase awal2 form 5, aku broke up ngn kekasih. *hoi EX la skunk. tak sedo diri ah mung! haha. kan, pahtu aku stress ar! syg dia kot? kao tau ape! haha. cara aku mengatasi, aku rajin basuh kain kat asrama. hahahhahaha. *ini semua poyooooo. ok, betol, memang aku buat itu. 

tp aku komited, utk SPM waktu tu, so tadaaaa. result aku 7A. kira bangga la jugak. sebab sepanjang duk MRSM, aku jawab xtau bila org tanya nak jadi ape, nak masuk degree ape nanti future. eh, aku tak pernah specifickan perkara pasal aku. aku tak ada cita2. aku malas. aku bergelak ketawa. aku tak study. ya Rabbi. pahtu lepas SPM, ayah aku ckp, suh buat medic. sebab dia nampak potensi aku. *padahal aku tak nampak aku mampu buat ape. haha. so aku cm, ok ayah. aku tak bole, kalao mak ayah ckp somting. aku ckp ok. aku rasa bab2 merancang somtin utk aku, aku rasa mak ayah paling betul. tapi aku sempat masuk UITM PuncakAlam buat isi masa. *memang uitm nenek shaye punye punnnn! hahaha. ok, lupa, aku buat foundation in science, kalao ikut, path ni pun, if aku belajo sungguh2, n ade rezeki, bole je amik medic.

idokle, if tak diterima masuk ke kat medic school yg aku apply kat cina tuh, haa, tak ke berlapoooor kao sorang kat rumah,haaa. so aku belaja la jgk, habis sem 1, aku houuuuuuttt dr uitm. so, masuk medic  school. ini satu lagi masalah, aku takmo jadik doktor pun! takmo! takmo! yela, ngaku. memang nak pakai baju doctor tu n duduk kat bilik tunggu orang sakit mai ngadu. tapi dlm kepala aku, harap orang selsema je. supaya aku tau nak bagi ubat zyrtex dan dia blah. aku tak nampak keeksaitedan aku nak jadi doctor sokmo. kalo tanya aku haritu mase first sem. aku jawab aku nak belajar. *sambil bukak kotak, pakai spek. hahahahha 

aku lebih suka masak, buat kuih, kek, *makan je kao tauuu! pahtu suka tido, aku ingat nak berniaga online. tp sumpah xtau nak berniaga ape. kadang2 nak bela lembu, kambing. memang cikai pemikiran ni. im always on the cloud nine bebeyh~ kesimpulannya, drpd yg ada atas ni, aku taknak belaja dah sebenanya, tp malas nak ckp, hahaha. ok time ni, aku ade pakwe. ceyy, yang ni cm aku jilat ibu jari pahtu cop kat ketas A4, "saya nak tawen ngn die nimmm!!" . gittew. kira syg ahhhh gila2, pahtu Jan 2013, aku putus ngn dia, sebab dia poyo! hahaha, takdeahhhh, ade lah tuuu masalah nye. umah tangga memang takleh cerita kat jiran tetangga. :P

tp perasan kan, even i tak tau menahu cmtu. but i still doing my best wherever or whatever i am. sebab itulah since itu, aku tak pernah lagi jatuh tergolek2 dan even aku jatuh. aku tau apa nak capai nak bergayut. again, thanks to Allah. orang2 tepi aku juga, sabo je ngn aku yg zero ni. hehe. muahccc kat korang. jadi sekarang 20 y.o. so leh kawen ah. *ini semua phoyoooooohhhh. hahahaha. takla. sekarang, aku masih aku. aku masih berusaha dekat universiti aku. perjuangkan course aku. aku still belajar dengan selambanya. tanpa bersungguh2, hahahaha. tp maintain jah! haaa ok. tu jela. aku jenis "ohkey, takpeh, tengok nanti!" *sambil tunding jari kat muka hang sambil cerlung mata ah hahahaha. ok. 

oh ok. lupa nak ckp. i belaja kat Xi'an Shannxi China. leh ah mari sini nak lawat haku. helo dulu ah eh, roger2, keh? bye. haha